Produk Lain

1 juta Mi Band 3 Terjual Dalam 17 Hari Pelancaran

Wang Xiang, Senior Vice President Xiaomi hari ini mengumumkan yang Mi Band 3 yang baru dilancarkan pada 5 June telah pun mencatat jualan melebihi 1 juta unit.

Dengan pengumuman di Twitter hari ini, beliau juga berkata akan memberi Mi Band 3 kepada seorang peminat Xiaomi bertuah yang memberi komen atas Tweet beliau.

https://twitter.com/XiangW_/status/1011896663772823552

Mi Band 3 yang pada mulanya hanya hadir dengan warna hitam, kini datang dengan 2 warna lagi – Fiery Orange dan Deepsea Blue.

Sebagai makluman, Mi Band 3 boleh memaparkan waktu, pedometer, monitor degupan jantung, notifikasi app dan juga kalis air IP68 (bermakna anda boleh berenang dengan memakai Mi Band 3).

Rujukan
GSM Arena
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *