Siapa Kami

RocketMi dibina oleh senior citizen Malaysia.

Kami telah mula menggunakan teknologi dari zaman UNIX dan DOS. Kalau anda minat Steve Jobs dan Bill Gates, kami pula pengikut setia Linus Torvalds.

Kalau anda tak kenal apa dan siapa yang kami bebelkan di atas, jangan risau. Umur kami mungkin 3 kali ganda dari umur anda. Dan kami mungkin layak di masukkan ke muzium.

Pengalaman Kami

Untuk phone, kami telah menggunakan phone dari era di mana telefon mudah alih disimpan dalam briefcase. Dan saiz phonenya sebesar air mineral botol besar.

Kami juga melalui zaman phone Nokia mendominasi market handphone. Bunyi polyphonic menjadi feature phone paling canggih dan phone dengan skrin hijau, menjadi obsesi, sebab semua phone, skrinnya putih. Saiz skrin phone, masa dulu tingginya sama dengan perenggan ini. Dan phone digantung di tengkuk semacam kad Touch n Go pengguna MRT.

Jadi dari segi pengalaman menggunakan phone, jangan risau. You’re in good hands. Sebab kami bermula dari zaman messaging itu maksudnya menulis nota pendek, di tepek bedak wangi, dan di letak dalam meja penerima message.

That’s how far we started.

Tentang RocketMi

RocketMi kami bina untuk berkongsi minat kami pada telefon milik Xiaomi. Dan usaha kami menjadi citizen yang berguna sementara menunggu panggilan telefon kurator muzium.

Walaupun kami diberikan umur panjang untuk merasa phone dari jenama Apple, Samsung, Sony, Sony Ericson, Nokia dan lain-lain lagi, minat kami sekarang tertumpu kepada phone dari China ini.

Sebabnya? Barangnya berkualiti, harganya jujur.

Dan seperti Steve Jobs, Linus Torvalds dan Jack Ma, kami dapati pengasas Xiaomi, Lei Jun juga mempunyai why yang menarik.

Di RocketMi anda bebas berkomentar. Cuma beri fakta dengan adab susila. Dan hormati mereka yang menggunakan apa jua sistem operasi atau model lain.

Untuk mereka yang mencari aksesori Xiaomi, insyaallah ia akan menyusul tidak lama lagi.

Salam dari kami,

Team RocketMi