MIUI

Anti-Rollback Diperkenalkan – Tiada Downgrade Versi ROM Lagi

Xiaomi hari ini mengumumkan yang ia akan menggunakan ciri Android Oreo Anti Rollback bermula dari MIUI 10 Global Beta 8.7.5.

Ia bermakna phone Xiaomi akan datang tidak akan lagi boleh di-downgrade ROM mereka.

Berita ini memang mengecewakan ramai kaki mod phone. Terutamanya pengguna Redmi Note 5 beta yang telah memasang ROM di atas di dalam phone mereka apabila ia dikeluarkan pada 5 Julai 2018.

Walaupun tidak ideal, tapi anti rollback adalah ciri sekuriti optional dalam Oreo.

Ia berguna dalam situasi seperti bila handphone Xiaomi anda dicuri atau hilang. Ciri anti rollback ini akan mengurangkan peluang yang data dalam phone anda dicuri atau diakses.

Dengan adanya anti flashback, phone yang didowngrade bakal brick (tidak lagi boleh diguna), sekaligus menutup peluang akses kepada data di dalamnya.

Apa pandangan anda dengan ciri baru ini? Suka atau benci?

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *