Panduan

1 Cara Paling Pantas Memastikan Phone Xiaomi Anda Original

Yup! Jangan terbeli telefon palsu.

Kalau pada awal tahun 2000, hanya Samsung, Nokia dan iPhone yang diklon, sekarang phone Xiaomi klon sudah masuk ke pasaran.

Kebanyakannya dibeli oleh pembeli yang pertama kali berjinak-jinak dengan jenama Xiaomi ataupun dibeli semasa ke luar negeri.

Rupanya hampir sama dengan yang original. Tapi ada sedikit perbezaan yang boleh dikenalpasti oleh mereka yang lama dengan jenama ini.

Apapun, ini cara paling pantas yang boleh anda buat — tak kira samada anda membeli phone baru dari kaunter ataupun phone terpakai dari individu di Mudah.my.

Guna Laman Mi Authentication

  1. Buka laman Mi Authentication.
  2. Phone datang dengan kotak? Dapatkan nombor IMEI di belakang kotak. Isi nombor IMEI ke laman di atas.
  3. Tiada kotak? Dial *#06# untuk dapatkan IMEI. Masukkan salah satu IMEI di laman di atas.
  4. Jika bukan original, anda akan mendapat error : Your IMEI or S/N doesn’t exist, please verify and enter again.
  5. Jika ia Xiaomi tulen, anda akan diberitahu  jenis phone anda dengan memory dan storagenya seperti di bawah.
mi authentic
Maklumat phone dipapar jika telefon anda original

 

Mi Authentication ialah check minima yang perlu anda buat sebelum duit berpindah tangan.

Selain ujian minima di atas, ada banyak lagi cara untuk benar-benar memastikan phone Xiaomi anda tulen.

Akan tetapi, ujian di atas sepatutnya menjadi ujian pertama, dan minima. Selebihnya bakal kami kemukakan dalam siri tips kami yang lain.

Via
BGRPC Mag
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *