Berita Syarikat

Gambar Kononnya Mi Mix 3 Tertiris — Jawapan Xiaomi Kepada Vivo & Oppo?

Phone tanpa bingkai trend tahun ini?

Apabila Mi Mix dikeluarkan pada hujung 2016 dengan skrin yang hampir penuh, ia mengejutkan ramai pihak.

Sejak dari itu pesaing Xiaomi memasang niat untuk mencabar style phone tanpa bezel ini dengan phone masing-masing.

vivo next bezelless phone
Vivo NEX dengan kamera pop up

Pada Jun 2018 lalu, Vivo mengeluarkan Vivo NEX pada harga RM 2800 dengan rekaaan skrin menyeluruh tanpa takuk. Skrin ini bersaiz 91.24% dari badan phone, dan menjadikannya phone dengan peratus skrin paling besar di dunia.

Tapi inovasi ini hanya sementara. Kedudukan Vivo sebagai syarikat handphone dengan nisbah skrin:badan yang paling besar di dunia bertahan hanya seminggu.

oppo find x bezelless phone 2018Tempat ini kemudian diambil alih oleh Oppo apabila ia mengeluarkan Oppo Find X dengan saiz skrin sebesar 93.8%. Phone dijual pada harga RM 3049.

Dan seperti Vivo, cara ia menghilangkan takuk ialah dengan camera depan disembunyikan di dalam phone. Kamera ini bersama sensor dan infrared akan keluar secara pop-up apabila camera depan diaktifkan.

Xiaomi Dengan Mi Mix 2S

Dengan dua handphone pesaing ini, Mi Mix 2S yang keluar 3 bulan lebih awal kelihatan seperti sudah tertinggal kapal dari arena yang dipeloporinya.

Maka tidak hairanlah sudah ada ura-ura menyatakan yang Xiomi bakal muncul dengan Mi Mix 3 sekitar September dengan konsep sama.

mi mix 3 leaked photo
Gambar yang kononnya dikatakan Mi Mix 3

Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya gambar yang dikatakan paten yang difailkan oleh Xiaomi pada 2015. Dalam gambar ini, kamera, flash dan unit lain phone diletak di dalam satu module bermotor yang tersimpan di dalam phone.

Gambar yang dikatakan paten Xiaomi pada 2015

Jika ini benar, maka dagu Mi Mix 2S yang memuatkan telefon selfie-nya bakal hilang, sekaligus membolehkan Xiaomi mendapatkan ratio skrin:badan sehingga 95%.

Kelemahan sistem ini ialah sistem bermotor ini bakal menambah tebal phone, menghilangkan peluang Mi Mix 3 kalis air dan menambah potensi kerosakan mekanikal phone.

Benar atau tidak gambar ini adalah imej Mi Mix 3, kami pasti Xiaomi akan keluar dengan phone tanpa bingkai selewat-lewatnya pada 2019.

Apa pula pandangan anda?

Via
Smartplay
Rujukan
The Verge
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *