Berita Syarikat

Hanya 6 Bulan Masuk ke Spain – Xiaomi Kini No 3

Xiaomi tidak mengambil masa lama untuk menduduki carta antara pengeluar phone yang menguasai market di Sepanyol.

Menurut penganalisa pasaran, pada bulan Mei 2018, pengeluar gajet China ini menduduki tangga ke 3 untuk market telefon pintar di negara itu.

market share xiaomi spainPencapaian ini membolehkannya mengatasi gajet Apple yang semakin ditinggalkan kerana faktor ekonomi.

Di Sepanyol, kadar pengangguran adalah sekitar 26% dan penggangguran di kalangan belia melebihi 55%. Dengan krisis sebegini, gajet dengan harga mampu milik seperti Xiaomi dan Huawei menjadi gajet ideal untuk rakyat negara itu.

Samsung, walaupun masih menduduki carta pertama, merosot penguasaannya bersama Apple.

Mi Store

mi store spainSedar bahawa ia ketinggalan di belakang pesaing China lain dalam pasaran global, Xiaomi kini giat membuka Mi Store nya di beberapa ibu kota Eropah.

Walaupun kedainya jauh lebih kecil dari yang dibuka di China dan tawaran phonenya terhad, dengan adanya kedai fizikal, Xiaomi boleh menjual produk lain keluarannya.

Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah beg galas dan skuter sehinggalah ke periuk nasi pintar.

Rujukan
Business InsiderGizmo China
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *