Redmi 2017
Xiaomi Redmi Note 4X : Harga, Kelebihan & Kekurangan

Xiaomi Redmi Note 4X adalah antara phone bajet terbaik yang dikeluarkan pada 2017. Phone ini menjadi bestseller di hampir semua market ia dilancarkan.
Ia cukup ideal untuk gamer dan juga peniaga online.
Untuk kedua-dua golongan ini kami sarankan beli versi yang ada saiz memori terbesar supaya anda boleh gunakan dua sim slot pada phone ini.
Di sini kami perlihatkan harga, kelebihan dan kekurangan yang ada pada phone ini :
Redmi Note 4X merujuk kepada Redmi Note dengan processor Snapdragon 625.
Harga Redmi Note 4X di Malaysia
Redmi Note 4X ( 3Gb/32 Gb) | Redmi Note 4X ( 4Gb/64 Gb) | |
---|---|---|
Harga Pelancaran (RM) | 849 | 949 |
Harga Julai 2018 (RM) | 570 | 848 |
Kelebihan Redmi Note 4X
- Harga. Untuk phone bersaiz 5.5 inci dengan bateri 4100 mAH dan dikuasakan Snapdragon 625, harganya memang murah. Apa lagi kerana RAM nya minima 3GB.
- Ketahanan bateri yang awesome. Kalau anda gamer, atau mereka yang selalu outstation dan perlukan phone yang tahan lama, ini phonenya. Jika penggunaan anda biasa (bukan gamers atau pengguna IG tegar) tak perlu lagi powerbank. Sebab phone ini boleh tahan 2 hari untuk sekali charge.
- Skrin besar. Seperti di atas, gamers memang cukup gemarkan Xiaomi Note 4X sebab skrinnya besar. Puas layan game.
- Ada 2 slot sim. Cukup ideal untuk mereka yang buat bisnes sebab tak perlu lagi beli 2 phone untuk nombor personal dan nombor business. Boleh install Whatsapp untuk nombor personal, dan Whatsapp Business untuk jawab soalan klien di nombor satu lagi.
- Sokong Dual App. Anda boleh klon aplikasi seperti Telegram dan Whatsapp untuk kedua-dua nombor anda.
- Tidak panas seperti Note 4 Mediatek bila bermain game dalam masa yang lama.
- Prestasi Bagus. Tiada masalah tentang prestasi phone untuk membuka dua, tiga apps pada satu masa. Tiada lag.
- Buatan yang kemas dan premium. Badan tengah dibuat dari besi manakala atas bawah dari plastik. Tepi skrin dengan gaya 2.5D yang melengkung membuatkan skrin nampak premium.
- Ada infrared sensor untuk jadikan phone anda universal remote. Boleh kawal kebanyakan aircond dan TV di
kedai mamakrumah. - Ada fingerprint sensor di belakang phone. Lokasinya praktikal dan laju untuk unlock phone berbanding menaip passcode.
- Ada slot untuk Memory Card kalau anda nak lebih memori. Cumanya hanya satu sim kad boleh diguna kalau anda mahu gunakan memory kad + sim kad.
Kekurangan Redmi Note 4X
- Kamera depan tidak cantik dan kamera belakang sederhana sahaja. Kalau anda memang kaki selfie/ asyik post OOTD kat IG, ini bukan phone untuk anda. Kami sarankan anda cari phone versi Mi. Tapi kalau masih nak Redmi sebab bajet anda rendah, cari Redmi versi S atau Note 5.
- Badannya lebar. Ini bagus untuk gamers yang tercari phone bukan phablet yang besar skrin nya. Tapi disebabkan ia lebar, phone ini tak sedap kalau anda jenis yang gunakan ibu jari untuk menaip.
- Tiada Quick Charge. Walaupun ia ada bateri yang besar, phone ini tiada Quick Charge. Kami sarankan anda gunakan kabel original supaya charging ke penuh tak lama.
- Skrin 2.5D di tepi skrin, walaupun cantik, mungkin menyebabkan glass cover biasa (yang tidak curve di tepi) tak lekat. Jadi bila beli glass protector, pastikan ia jenis 2.5D di tepi.
Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 4X
CIRI-CIRI | SPESIFIKASI |
---|---|
Malaysia Released Date | Julai 2017 |
System on Chip | Octa core Qualcomm Snapdragon 625 |
Graphic | Adreno 506 |
Display | 5.5" (13.97 cm) |
Storage | 32 GB / 64GB (expandable to 128GB) |
Camera | 13 MP |
Battery | 4100 mAh Li-Polymer |
RAM | 3 GB / 4GB |
INFO AM | |
Operating System | Android v6.0.1 (Marshmallow) |
Sim Slots | Dual SIM SIM1: Micro SIM2: Nano (Hybrid) |
Custom Ui | MIUI 9 |
Fingerprint Sensor | Yes |
DESIGN | |
Build Material | Case: Metal Back: Metal |
Thickness | 8.4 mm |
Width | 76 mm |
Weight | 165 grams |
Height | 151 mm |
DISPLAY | |
Display Type | IPS LCD |
Pixel Density | 401 ppi |
Screen Size | 5.5 inches (13.97 cm) |
Screen Resolution | Full HD (1080 x 1920 pixels) |
CAMERA | |
Front Camera | 5 MP Front Camera |
Back Camera | 13 MP Rear Camera |
Optical Image Stabilisation | No |
Flash | No |
Video Recording | 1280x720 @ 30 fps |
NETWORK CONNECTIVITY | |
Usb Connectivity | microUSB 2.0 |
Nfc | No |
Sim 1 | 4G Bands:TD-LTE 2300(band 40) FD-LTE 1800(band 3) / 850(band 5) 3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz 2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available |
Sim 2 | 4G Bands: TD-LTE 2300(band 40) FD-LTE 1800(band 3) / 850(band 5) 3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz 2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz GPRS:Available EDGE:Available |