Redmi 2018

Xiaomi Redmi Note 5 : Harga, Kelebihan & Kekurangan

Pengganti Yang Cukup Hebat

Markah Kami Untuk Redmi Note 5 - 95%

95%

Dengan bateri yang tahan lama, kamera yang lebih berkuasa, dan prestasi phone yang lancar, Redmi Note 5 adalah phone Redmi Note terbaik yang pernah kami saksikan.

Harga Terkini
User Rating: 5 ( 1 votes)

Xiaomi Redmi Note 5 yang keluar pada bulan Mei 2018 ini adalah upgrade yang besar dari Redmi Note 4x yang digantinya.

Dengan 2 kamera belakang yang dioptimasi untuk keadaan kurang cahaya, saiz skrin yang lebih memanjang dan adanya face unlock, Redmi Note 5 ini memang pengganti yang memukau.

Jika Note 4 adalah bestseller, kami percaya dengan spec sedia ada, Redmi Note 5 ini bakal menjadi bestseller lagi buat Xiaomi.

Di sini kami perlihatkan harga, kelebihan dan kekurangan yang ada pada phone ini :

Ulasan ini adalah untuk Redmi Note 5. Bukan untuk Redmi Note 5a atau Note 5a Prime

Harga Redmi Note 5 di Malaysia

 Redmi Note 5 ( 3Gb/32 Gb)Redmi Note 5 ( 4Gb/64 Gb)
Harga Pelancaran (RM)799999
Harga Julai 2018 (RM)749939

Kelebihan Redmi Note 5

  • 2 Kamera Prestasi Tinggi Di Belakang. 2 kamera 12Mp + 5 Mp ini mempunyai sensor besar ( 1.4μm, f/1.9 aperture dan 1.12μm, f/2.0 aperture). Gambar bokeh dan gambar yang ditangkap pada waktu malam jauh lebih cantik dari model sebelumnya.
  • Kamera Selfie Lebih Baik. Kamera 13 Mp Note 5 ini jauh lebih baik prestasinya dari kamera selfie pada Note 4X yang hanya datang dengan 5 Mp.
  • Ketahanan bateri yang lebih sehari. Walaupun kapasiti bateri diturunkan dari 4100 mAh ke 4000 mAh, kalau anda gamer, atau mereka yang selalu outstation dan perlukan phone yang tahan lama, ini masih phone pilihan. Untuk penggunaan anda biasa (bukan gamers atau pengguna IG tegar) powerbank boleh ditinggalkan. Phone ini boleh tahan sekitar 1 hari setengah untuk sekali charge.
  • Skrin besar. Dengan skrin memanjang , dan lebih tinggi dari Note 4X, skrinnya bakal buat bermain game lebih best. Dan untuk buka dua skrin aplikasi serentak pada skrin 5.99 inci (dengan split screen) memang lebih puas.
  • Ada 2 slot sim. Cocok sangat untuk mereka yang buat bisnes. Seperti Note 4X, tak perlu lagi beli 2 phone untuk nombor personal dan nombor business. Boleh install Whatsapp untuk nombor personal, dan Whatsapp Business untuk jawab soalan klien di nombor satu lagi.
  • Sokong Dual App. Anda boleh klon aplikasi seperti Telegram dan Whatsapp untuk kedua-dua nombor anda.
  • Tidak panas. Walaupun Note 4X yang digantinya memang tidak panas,  Note 5, diupgrade lagi dengan lapisan thermal di depan dan belakang. Ini menyebabkan phone lebih sejuk sebanyak 2 darjah Celcius.
  • Prestasi Bagus. Nak buka dua, tiga apps pada satu masa? Tiada masalah dan tiada lag. Dan untuk split screen dual app juga laju. Processor Snapdragon 636 dalam Redmi Note 5 ini dikatakan 50% lebih berkuasa dari Note 4X tahun lalu.
  • Buatan yang kemas dan premium. Badan tengah dibuat dari besi manakala atas bawah dari plastik. Tepi skrin dengan gaya 2.5D yang melengkung membuatkan skrin nampak premium.
  • Ada infrared blaster untuk jadikan phone anda universal remote. Boleh kawal kebanyakan aircond dan TV di kedai mamak rumah.
  • Ada fingerprint sensor di belakang phone. Lokasinya praktikal dan laju untuk unlock phone berbanding menaip passcode.
  • Ada Face Unlock. Selain membuka phone dengan menaip passcode atau dengan fingerprint, anda juga boleh membuka phone anda hanya dengan melihatnya seperti yang ada pada phone berharga 2x ganda dari Note 5 ini.
  • Ada slot untuk Memory Card kalau anda nak lebih memori. Cumanya hanya satu sim kad boleh diguna kalau anda mahu gunakan memory kad + sim kad.
  • Charging Lebih Pantas. Berbeza dengan Note 4X, phone Note 5 ini datang dengan adaptive fast charge. Jadi anda boleh gunakan kabel lightning untuk penuhkan bateri dengan lebih cepat.

Kekurangan Redmi Note 5

Sukar mencari salah handphone ini. Walaupun begitu ada sedikit kekurangan yang tidak menjejaskan kehebatan phone ini

  • Badan licin. Pastikan anda beli dan pakai casing untuk Note 5. Takut laju je terlepas dari tangan
  • Kamera belakang terkeluar. Gaya yang dimulakan iPhone ini diikut oleh Xiaomi. Jadi kamera ini tersembul keluar dari badannya. Pastikan pakai casing ya?
  • Sedikit berat dari 4X. Beratnya bertambah dalam 30g. Tapi ia lebih nipis dan lebih premium dari Note 4X.
  • Badan lebar. Seperti keluarga Redmi Note sebelum ini, tidak semua orang sukakan badannya yang lebar dibandingkan dengan Redmi lain.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5

CIRI-CIRISPESIFIKASI
Malaysia Released DateMay 2018
System on ChipOcta core Qualcomm Snapdragon 636
GraphicAdreno 509
Display 5.99" (15.2 cm)
Storage 32 GB / 64GB (expandable to 128GB)
Rear Camera 12MP+5MP (Dual Camera)
Selfie Camera13 Mp
Battery 4000 mAh Li-Polymer
RAM3 GB / 4GB
INFO AM
Operating System Android 8 ( Oreo)
Sim Slots Dual SIM :
nanoSIM + nanoSIM/microSD
Custom Ui MIUI 9
Fingerprint Sensor Yes
DESIGN
Build Material Case: Metal
Back: Metal
Thickness 8.05mm
Width 75.4mm
Weight 181g
Height158.6mm
DISPLAY
Display Type IPS LCD
Pixel Density 403 ppi
Screen Size 5.99" (15.2 cm)
18:9 aspect ratio
Screen Resolution Full HD (1080 x 2160 pixels)
CAMERA
Front Camera13 MP Front Camera
Back Camera12MP+5MP Rear Camera
Optical Image Stabilisation No. EIS for Rear Camera
Flash Soft Flash for Front
Video Recording 1280x720 @ 30 fps
NETWORK CONNECTIVITY
Usb Connectivity microUSB 2.0
Nfc No
Sim 1 4G Bands:
TD-LTE 2300 (band 40) / 2500 (band 41) FD-LTE 2100 (band 1) /
1800 (band 3) / 850(band 5)

3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz

2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz

GPRS:Available EDGE:Available
Sim 2 4G Bands:
TD-LTE 2300 (band 40) / 2500(band 41) FD-LTE 2100 (band 1) /
1800 (band 3) / 850 (band 5)

3G Bands: UMTS 1900 / 2100 / 850 / 900 MHz

2G Bands: GSM 1800 / 1900 / 850 / 900 MHz

GPRS:Available EDGE:Available

 

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *