Berita Syarikat
IPO Xiaomi Meraih Hanya $4.7 Billion

Walaupun IPO Xiaomi menarik minat nama besar seperti Soros dan Hillhouse, ia hanya mampu meraih $4.7 billion untuk IPO syarikat ini di Hong Kong — jauh dari sasaran asal $10 billion.
Dengan harga $2.17 seunit, ia meletakkan nilaian penuh syarikat Beijing ini pada $54 billion.
Billionaire George Soros dan firma pelaburan China, Hillhouse Capital adalah antara mereka yang membeli saham awal Xiaomi, lapor mereka yang mempunyai maklumat tentang IPO ini.
Eksekutif Xiaomi sebenarnya merancang mendapatkan $10 billion dari IPO ini.
Namun begitu, kegagalannya menjual sahamnya di China dek kerana regulator yang ketat, dikatakan antara sebab IPO ini jauh dari sasaran asal.