Berita Syarikat

Mi 8 Mencatat Markah 99 Untuk Ujian Kamera DXO Mark – Mengatasi iPhone X

Phone Xiaomi Mi 8 yang merupakan telefon flagship Xiaomi untuk 2018 telah mencatatkan markah 99 dalam ujian kualiti kamera DXO Mark.

Ini mengatasi iPhone X dan Google Pixel 2 yang dijual pada harga sehingga 2 x lebih tinggi.

Bagaimanapun, telefon pertama Xiaomi yang bertakuk ini masih di belakang kamera Huawaei P20.

mi 8 dxo camera rating score vs iphone x

Spesifikasi Kamera Mi 8

Untuk kamera utama, Mi 8 datang dengan 2 kamera di bahagian belakang.

Kamera utama Mi 8 ini sebesar 12+12 Megapixel  f/1.8+f/2.4.

Satu sensor mempunyai wide angle lens manakala satu lagi dengan  zoom optikal lens 2X.

Untuk lens wide angle, ia juga mempunyai 4-axis optical image stabilization (OIS) yang tiada pada Mi 6 yang digantinya.

back camera mi 8Ini sama seperti yang digunakan pada Mi MIX 2S yang mencatat markah 97 ( setanding iPhone X).

Untuk kamera swafoto di depan, ia hadir dengan 20-Megapixel f/2.0.

Ia juga dilengkapi sokongan pemancar infra red untuk membolehkan anda membuka kunci peranti dengan  wajah anda, walaupun di dalam gelap.

Tentang Ujian DXO Marks

Ujian DXO Marks dianggap antara ujian kamera peranti bebas yang paling dipercayai sejak 2008. Dengan ujian di makmal dan dalam keadaan terkawal, markah DXO Marks dianggap sebagai markah standard industri.

Jumlah ujian yang dilakukan untuk setiap peranti mencecah ribuan shot, dilakukan pada setting standard dan oleh pakar dalam bidang lensa.

mi 8 black / hitam

Markah DXO Marks Untuk Kamera Mi 8

Untuk gambar, Mi 8 mendapat markah 105, iaitu hanya 2 markah di bawah Huawei P20.

Markah keseluruhannya direndahkan oleh keupayaan videonya yang hanya mendapat markah 88, iaitu markah yang masih baik untuk peranti pada harga bawah RM 2000.

Rujukan
DXO Marks Mi 8
Tags

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *