Lebih 1 Juta Peranti Mi 8 Terjual Dalam 18 Hari

Selepas cuma 18 hari dilancarkan di China, peranti Mi 8 ( Mi 8, Mi 8 SE dan Mi 8 Explorer) dilaporkan telah terjual lebih dari 1 juta unit.
Walaupun besar, jumlah ini tidak mengejutkan kami.
Ini kerana sambutan untuk Mi 8 pada hari pelancarannya sahaja pun cukup hebat — Mi 8 habis dibeli dari laman Xiaomi China hanya selepas 37 saat ia dilancarkan.
Sharing some amazing news.
The Mi 8 series first went on sale on June 5. Just 18 days later, we’ve already sold over 1M units!#Xiaomi #Mi8 pic.twitter.com/dH36P6Wgt8
— Donovan Sung (@donovansung) 23 June 2018
Jumlah 1 juta peranti terjual ini juga dikatakan bakal lebih tinggi jika Mi 8 Explorer yang mempunyai panel belakang lutsinar tersedia secara meluas.
Jumlah jualan ini lebih tinggi dari Samsung S9 ( yang terjual sekitar 700,000 unit dalam masa 3 bulan di Korea) atau OnePlus 6 ( yang terjual sebanyak 1 juta unit dalam masa 22 hari).