Berita Syarikat

Mengapa Xiaomi Memfailkan Tanda Dagang POCOPHONE?

Xiaomi dikatakan telah memfailkan tanda dagang POCOPHONE di Eropah akhir Mei lalu, sekaligus menimbulkan spekulasi yang ia akan menawarkan phone versi baru untuk pasaran di situ.

Ketinggalan di belakang pesaing China lain di benua Eropah, Xiaomi yang pada mulanya fokus pada pasaran tempatan kini mula giat membuka kedai fizikalnya di Itali dan Sepanyol.

Nama POCOPHONE yang pelik dan agak keanak-anakan juga menimbulkan tandatanya. Adakah ianya handphone khas untuk kanak-kanak ataupun sesuatu yang luar jangkaan peminatnya?

Handphone Dalam Proses Kelulusan

Handphone di bawah jenama POCOPHONE ini dikatakan telah wujud dengan kod M1805E10A dan sedang menunggu kelulusan NCC di Taiwan.

Awal tahun ini, Xiaomi telah mengejutkan ramai dengan Blackshark. Tidak ramai yang menyangka yang syarikat China ini akan mengeluarkan handphone khas untuk gaming di bawah brand baru.

Pada pandangan anda, apa langkah yang cuba dilakukan oleh Xiaomi dengan brand Pocophone?

 

Rujukan
My Smart Price
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *