Phone Terbaru Xiaomi

Mi 8 SE Dilancarkan – 5.88 Inci Dan Pertama Dengan Snapdragon 710

Mi 8 SE, phone versi lite untuk Mi 8 dilancarkan di China dengan Snapdragon 710.

Ketibaan versi ini ditunggu-tunggu oleh peminat Mi yang mahukan phone bersaiz lebih kompak yang sedap dipegang, tetapi dengan chip berkuasa yang boleh memainkan apa saja permainan terbaru tanpa masalah.

Beza Saiz dan Spesifikasi

Berbanding Mi 8 yang hadir dengan saiz 6.21 inci dan dikuasakan Snapdragon 845, Mi 8 SE ini dikecilkan saiznya kepada 5.88 inci AMOLED FHD+ HDR dan dikuasakan dengan Snapdragon 710 yang baru sahaja diperkenalkan beberapa minggu sebelum ini.

xiaomi mi 8 SE black backIni menjadikannya telefon pertama di dunia yang menggunakan chip yang berprestasi jauh lebih tinggi dari keluarga Snapdragon 600 dan dengan keupayaan menghampiri keluarga Snapdragon 800.

Kamera dengan AI

Seperti kebanyakan phone flagship yang hadir dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) pada kamera mereka, Mi 8 SE ini juga dilengkapi kamera dengan bantuan AI.

Dua kamera utama ini datang dengan sensor 12+5 Mp f/1.9+f/2.0. Ini rendah dari kamera 12 + 12 Mp pada Mi 8.

Walaubagaimanapun, kamera selfienya kekal pada 20-Megapixel seperti mana yang ada pada Mi 8.

Spesifikasi Lain

Mi 8 SE datang dalam dua variasi – 4GB RAM + 64GB ruang simpanan dan 6BG RAM + 64GB ruang simpanan. Ia menggunakan Android 8.1 Oreo dan dijangka menerima kemaskini MIUI 10 beberapa bulan lagi.

Untuk bateri, bateri sebesar 3120 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Di China Xiaomi Mi 8 SE versi 4Gb dijual pada harga 1799 yuan (RM 1119) manakala versi 6Gb pada  1,999 yuan (RM1,240).

Ia dijangka dijual pada 7 June 2018.

Xiaomi berjanji yang ia akan mula dipasarkan ke beberapa negara luar China mulai bulan Julai 2018.

Rujukan
Android Central
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *