Phone Terbaru Xiaomi

Mi A2 Bakal Dilancarkan di Madrid, Sepanyol?

Sempena Mi Global Event

Mi Global Event bakal datang ke Madrid pada bulan Julai 2018.

Dan ada ura-ura yang menyatakan bahawa ada phone baru yang akan dilancarkan sempena event ini.

Oleh kerana Mi A1 telah dilancarkan di Delhi pada waktu yang sama tahun lalu, spekulasi bahawa Mi A2 juga bakal dilancarkan pada bulan Julai tahun ini juga mula menjadi bualan hangat.

Untuk makluman, Mi versi A datang dengan software Google (Android One), dan bukannya MIUI dari Xiaomi.

Dilancar di Eropah bukan Asia?

Kalau sebelum ini, market India menjadi sasaran Xiaomi, ada kemungkinan market Eropah menjadi audiens kedua Xiaomi sebelum Amerika.

Jika ini benar, maka Madrid adalah tempat paling sesuai memperkenalkan jenama Xiaomi kepada pelanggan Eropah. Dan menggunakan hardware Xiaomi, tetapi pengalaman pure Android adalah idea yang bijak.

Ura-ura ini dikuatkan lagi bocornya maklumat tentang penjualan pre-order Mi A2 di laman Digitec, iaitu laman jualan terbesar Switzerland yang menyatakan tarikh ia dijual ialah 8 Ogos 2017.

Walaubagaimanapun, phone ini kini hilang dari laman itu setelah maklumat ini ditiriskan kepada umum.

Spesifikasi Mi A2 Yang Dispekulasi

Untuk Mi A1, spesifikasinya seperti Mi 5X.

Dan jika Mi 6X menjadi ukuran, phone Mi A2 bakal datang dengan spesifikasi 6X — iaitu dengan skrin 5.99-inci dan resolusi 2160 x 1080.

Ia bakal dikuasakan oleh Snapdragon 660 processor, dilengkapi kamera belakang 12MP + 20MP , kamera selfie 20MP selfie camera, dan fingerprint sensor.

Ia juga hadir dengan bateri 3010mAh,  USB-C port dan Bluetooth 5.0.

Bezanya, sistem operasinya adalah stock Google Android, dan bukannya MIUI seperti semua phone Xiaomi lain.

Via
GizmoChina
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *