Phone Terbaru Xiaomi

Mi A2 Bakal Diumumkan 24 Julai, Disusuli dengan Mi A2 Lite

Ura-ura Xiaomi akan melancarkan Mi A2 di Sepanyol pada 24 Julai, semakin hari semakin hangat.

Berita ini dikuatkan dengan teaser di Facebook Mi Malaysia dan juga tertirisnya spec Mi A2 di satu laman jualan di Poland.

Selain dari Mi A2, sebuah lagi handphone, iaitu Mi A2 Lite juga dikatakan bakal tiba tidak lama kemudian.

Mi A2 Lite dikatakan telah pun dihantar untuk kelulusan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia.

Android One dan Bukan MIUI 10

Handphone Mi A2, sama seperti Mi A1 adalah series handphone Xiaomi yang unik disebabkan ia menggunakan sistem Android One dan bukan MIUI 10.

Jadi kalau anda ingin merasa sistem yang sama yang ada di phone seperti Google Pixel, tetapi dengan hardware dari syarikat China ini, Mi A2 adalah jawapannya.

Spesifikasi Mi A2 dan Mi A2 Lite

Buat masa ini spesifikasi kedua-duanya masih dalam andaian. Akan tetapi jika Mi A2 mengambil spec Redmi 6X (seperti mana sepatutnya), ia dijangka hadir dengan Qualcomm Snapdragon 660 dan disertai 4GB atau 6 GB RAM.

Dua kamera di belakangnya bakal mempunyai 12 MP + 20 MP dan datang dengan AI.

Bagi Mi A2 Lite, ia berkemungkinan hadir dengan Snapdragon 625 chipset dan dilengkapi 4GB RAM dan 64GB ruang simpanan. Saiz skrinnya juga sama — 5.84″ dengan resolusi 1080 x 2280 pixel.

Kameranya dikatakan akan diturunkan specnya kepada 12MP (f/2.2) + 5MP berbanding 12MP (f/1.8) + 20MP (f/1.8) pada Mi A2.

Akan tetapi, bateri pada Mi A2 Lite mungkin 4,000 mAh – isitu 1,000 mAh lebih besar dari Mi A2.

Sabar menanti ok? Dan jangan beli Mi A1 lagi sebab penggantinya bakal tiba.

Via
GSM Arena
Rujukan
Mi Forum
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *