Phone Terbaru Xiaomi

Mi A2 Dilancarkan – Dengan Snapdragon 660 dan Kamera Selfie 20Mp

Penantian selama berbulan oleh peminat Xiaomi yang berminat dengan sistem OS Google akhirnya tamat hari ini apabila Mi A2 dilancarkan dengan rasminya di Madrid.

Teka-teki spesifikasinya juga terjawab dengan Mi A2 hadir dengan Snapdragon 660, kamera selfie 20Mp dengan lampu lembut dan kamera belakang 12MP + 20MP.

Tentang Kamera & Processor Mi A2

mi a2 lensMenarik lagi, kamera Mi A2 juga menyokong pixel binning, iaitu teknologi untuk menggabungkan 4 pixel berdekatan menjadi satu superpixel. Hasilnya? Gambar yang jauh lebih tajam bila ditangkap pada waktu malam atau malap.

Menurut Xiaomi lagi Snapdragon 660 ini berprestasi 20% lebih baik dari Snapdragon 636 pada Redmi Note 5 dan 70% lebih baik dari Snapdragon 625 pada Mi A1 yang digantinya.

mi a2 android one specWalaupun ianya bersaiz 5.99 inci, dengan ratio 18:9 skrin tidak melebar sepertimana keluarga Redmi Note, malah bakal lebih sedap dipegang.

Harga Mi A2

Mi A2 di Sepanyol dijual pada harga 249 Euro untuk model 4GB RAM + 32GB (RM 1 200) dan 349 Euro untuk model 6GB RAM + 128GB storage (RM1 700).

Harga ini kami jangkakan lebih rendah di Malaysia nanti.

 

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *