Phone Terbaru Xiaomi

Mi A2 Lite Dilancarkan – Dengan Snapdragon 625 dan Bateri 4000mAh

Lanjutan dari pelancaran Mi A2, Xiaomi juga melancarkan adik kecil kepada phone ini iaitu Mi A2 Lite.

Seperti Mi A2, ia juga datang dengan Android asal dari Google dan bukannya menggunakan MIUI.

Beza Mi A2 Lite Dengan Abang Besar

mi a2 lite specSayangnya tidak seperti abang besar, Mi A2 Lite datang dengan skrin bertakuk yang menjadi kontroversi besar dunia gajet.

Perbezaan Mi A2 dengan Mi A2 Lite ini juga tidak terhad hanya kepada processor yang direndahkan kepada Snapdragon 625, kamera belakang 12Mp+5Mp, kamera selfie 5Mp dan skrin 5.84 inci, malah nisbah skrin juga berbeza iaitu 19:9.

Satu kelebihan Mi A2 Lite berbanding dengan Mi A2 ialah dari segi bateri.

Mi A2 Lite hadir dengan bateri sebesar 4000 mAh — iaitu saiz seperti keluarga Redmi Note yang cukup digemari gamers sekaliannya.

 

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *