Produk Lain

Mi Band 3 Explorer Tertiris?

Edisi khas yang diinspirasi dari Mi 8 Explorer

Tidak lama selepas Mi Band 3 dilancarkan, kini tertiris gambar yang dikatakan sebagai Mi Band 3 Explorer di laman Weibo, China.

Buat masa ini, kesahihan gambar ini masih dipertikai. Ada yang menyatakan ianya bukan edisi khas untuk jualan kepada umum, akan tetapi Mi Band yang diberikan kepada peminat Xiaomi yang memenanginya dalam peraduan tajaan syarikat itu.

Selain dari strap yang telus cahaya, tiada imej lain mengenai belakang Mi Band ini.

Mi Band 3

mi band 3Untuk peminat Mi Band, penjejak kecergasan terbaru Xiaomi ini telahpun dilancarkan pada May 2018.

Mi Band 3 ini datang dengan saiz lebih besar dari Mi Band 2, bateri yang dipertingkatkan dari 70mAh ke 110mAh dan ditambah dengan NFC agar ia lebih tepat bila berkomunikasi dengan phone Xiaomi anda.

Dengan harga jauh lebih murah dari Fitbit dan Apple Watch, Mi Band 3 dipercayai bakal mengekalkan kedudukan Xiaomi sebagai pendahulu dalam arena peranti boleh pakai untuk 2018.

Untuk makluman, ia dilancarkan di China pada harga 169 yuan ( RM 103).

Via
MySmartPrice
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *