Produk Lain

Mi Laptop Air Dilancar di Madrid, Kekal Dengan Saiz 13.3 Inci

Membuka market global di Sepanyol

Walaupun lebih dikenali dengan phonenya, Xiaomi semalam ( 27 Jun 2018) memperkenalkan Xiaomi Laptop Air di Madrid dengan komputer riba Windows 10 bersaiz 13.3 inci.

Laptop yang cukup nipis ( 14.8mm) dan dikuasakan oleh Intel Core processor Generasi ke-8 ini juga datang dengan 8Gb DDR4 RAM dan kad grafik GeForce MX150.

Ini Laptop Xiaomi Generasi ke -3

mi laptop air madrid launch
Laptop Air ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak 2016 lagi. Versi pertama itu dan versi 2017 dipuji dari segi binaannya yang simple dan inovasi fingerprint reader yang ada padanya.

Rata-rata laman review memberikan 4 ke 4.8 bintang untuk laptop ini.

Laptop versi 2017 ini bagaimanapun dikatakan agak bising dan screennya yang berkilat mengganggu mata. Dan disebabkan ianya tidak dijual di luar China secara rasmi, mereka yang membelinya mengambil risiko membeli tanpa warranty dalam negara.

Dengan generasi terbaru ini, pelanggan Xiaomi di Sepanyol bakal mendapat Laptop Air terbaru dengan support lokal.

Untuk makluman, laptop premium ini dijual pada Euro899 (RM 4,200).

Tiada maklumat tentang penjualannya di Malaysia.

Rujukan
TechRadarMi Es
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *