Phone Terbaru Xiaomi

Mi Mix 2S Dilancarkan Dengan Wireless Charging dan Snapdragon 845

Phone paling premium Xiaomi — iaitu Mi Mix 2S telah dilancarkan di China hari ini, 27 Mac 2017 dengan 3 kemaskini.

Dan ia kekal dengan skrin hampir penuh serta buatan premium yang sinonim dengan phone Xiaomi versi Mix.

3 Upgrade Signifikan Dalam Mi Mix 2S Ini

Selain chipnya dikemaskini kepada Snapdragon 845, dua kamera di belakang dan tambahan sokongan Qi wireless charging, ia hampir sama dengan Mi Mix 2 yang lahir pada penghujung 2017.

Walaupun begitu, ia bukan perkara yang buruk. Dengan badan seramik, dan hampir tiada bezel, ia bakal terus kekal sebagai antara phone paling berkuasa dan paling cantik untuk 2018.

xiaomi mi mix 2s full screen

Kamera Setanding iPhone X

Kini ia mempunyai 2 kamera 12 Mp di belakang berbanding hanya satu pada Mi Mix 2.

Saiz pixel kameranya juga dipertingkatkan dari 1.25nm ke 1.4nm, membolehkannya mencatat markah 101 dalam ujian kamera Dxo Mark, iaitu setanding dengan iPhone X.

Pertama di Xiomi Yang Menyokong Android ARCore

Selain 3 kemaskini diatas, kemaskini yang kurang diberi perhatian ialah sokongan terhadap Android AR Core.

Dengan adanya sokongan ini, ia menjadi phone Xiaomi pertama yang boleh menjalankan aplikasi Augmented Reality sama seperti phone Google Pixel.

Audio Jack & Selfie Kamera

Mi Mix 2S meneruskan trend Xiaomi yang meninggalkan audio jack untuk membolehkan bateri lebih besar diletak di telefon mereka.

Dan sama seperti Mi Mix terdahulu, kamera depan untuk selfie diletak di dagu phone. Walaupun ini membolehkan Mi Mix 2S datang tanpa takuk, anda perlu memusingkan telefon ini bagi mengambil selfie.

Dengan erti kata lain, untuk pengguna yang tegar selfie, ini bukan phone yang ideal.

Phone ini bakal dikuasakan oleh bateri sebesar 3400 mAh, Android 8 dan MIUI 9.

Warna yang ditawarkan adalah  Ceramic Black dan Ceramic White. Di China Xiaomi Mi MIX 2S dijual pada harga berikut :

  • 3299 yuan (RM 2040) untuk 6GB RAM / 64GB.
  • 3999 yuan (RM 2470) untuk 8GB RAM / 256GB

Seperti produk Xiaomi yang lain, kami menjangkakan phone ini bakal diimport terus dari China ke Malaysia oleh pihak ke -3 dan bakal dijual di sini dalam masa 2 bulan lagi.

Rujukan
DXO Mark
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *