Produk Lain

Miiw – Mouse Pad Dengan Wireless Charging Diperkenalkan

Kalau anda anda mouse dan phone yang boleh dicas tanpa wayar (seperti Samsung S6, iPhone 8 atau Mi Mix 2S), ini ada berita baik.

Xiaomi baru saja melancarkan mousepad Miiw — iaitu mousepad dengan wireless charging yang terbina.

Jadi, mouse dan phone anda boleh dicas hanya dengan meletakkan kedua-duanya di atas pad ini pada masa anda bekerja. Bye bye  pada masalah phone kehabisan jus pada pukul 5 petang.

miiw charging pad

Apa Yang Ditawarkan Pada Miiw Pad Ini?

https://youtu.be/_mcJrMFvcyg

Xiaomi Mi Smart Mouse Pad ini bakal mengecas gajet anda dengn format Qi 7.5 W.

Jangan risau kalau charging pad ini panas sebab ianya cukup pintar untuk menutup pengecasan bila ia mengesan haba yang tinggi.

Tombol besar di bucu kanan tu? Gunanya untuk mengawal warna lampu ( hello gamers!) atau mengawal volume PC anda.

Mousepad ini dijual di China pada harga 249 yuan (RM 152).

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *