Phone Terbaru Xiaomi

Phone Untuk Selfie — Redmi Y2 Dilancar di India Dengan Kamera Depan 16 Megapixel

Susulan kejayaan telefon Redmi Y1 yang dilancarkan di India pada lewat 2017, Xiaomi kini melancarkan Redmi Y2, iaitu versi kedua telefon khas Redmi untuk remaja yang gilakan selfie dan IG.

Telefon ini dilengkapi dengan kamera depan/selfie 16 Mp dan belakang 12Mp + 5Mp dengan sensor sebesar 1.25μm pixel area.

Ini 25% lebih besar dari pixel pesaingnya, sekaligus membolehkan gambar lebih detail diambil, walaupun pada waktu kurangnya cahaya.

redmi y2 lowlight

redmi y2 front selfie sample pictureredmi y2 selfie closeup

redmi y2 group selfie

Spesifikasi Sama Seperti S2

Untuk makluman, di Malaysia, Redmi Y2 ini mempunyai spesifikasi sama seperti Redmi versi S seperti Redmi S2.

Ia hadir dengan skrin 5.9-inci,  dijana cip Snapdragon 625 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB memory.

Y2 buatan kilang di India ini dijual pada 9999 rupee (RM 588).

Mungkin kerana diimport, di Malaysia, Redmi S2 dijual pada harga RM 679.

Fakta Nganga: Sehingga April 2018, Xiaomi mempunyai 5 kilang membuat telefon khas untuk pasaran India dengan 10,000 pekerja.  95% pekerjanya wanita.

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *