Berita Syarikat

Redmi 5A – Telefon Paling Laris di Lazada Malaysia

Telefon Xiaomi Redmi 5A, yang merupakan telefon kelas asas untuk syarikat ini dilaporkan sebagai telefon paling laris di laman Lazada Malaysia pada suku pertama tahun 2018.

Ini adalah model Xiaomi yang sama yang mengangkat market share Xiaomi di India  dan habis di Lazada Indonesia dalam masa 3 minit ia dijual.

sim slot redmi 5aRedmi 5A ini hadir tanpa fingerprint sensor dan hanya dikuasakan oleh Snapdragon 425.

Akan tetapi ia dilengkapi 2 slot sim dan 1 microSD slot serta bateri 3000 mAh yang boleh tahan sehingga 6 jam untuk gaming.

Dan walaupun hanya dilengkapi memory 16Gb, dengan adanya slot khas untuk kad memory, ruang memory boleh berkembang menjadi 128 Gb.

Promosi & Harga Antara Faktor

sale lazada redmi 5aPromosi besar-besaran oleh Xiaomi dalam mempromosi telefon entry level ini dan faktor harga di bawah RM 399 dikatakan antar punca ia menjadi phone no 1 paling laris di Lazada.

Pada waktu promosi, harganya boleh turun sehingga RM 339.

Untuk phone bersaiz 5 inci bersama kamera 13 Mp, Redmi 5A harga tersebut memang cukup menggiurkan.

Tidak hairanlah ia menjadi telefon no 1 paling laris di Lazada (ataupun di India).

Fakta Nganga: Pada 2016, phone entry level paling laris di Lazada ialah phone berjenama Flash. Dan antara semua produk di Lazada, produk paling laris di laman ini ialah lampin pakai buang bayi.

Rujukan
The StarIndustry Co
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *