Phone Terbaru Xiaomi

Redmi 6 dan 6A Dilancarkan Rasmi di Malaysia – Lebih Murah Dari Set AP

Setelah dilancarkan di China pada 12 June lalu, Xiaomi hari ini melancarkan model Redmi 6 dan 6A nya di Malaysia.

Harga Redmi 6 dan 6A – Murah Bang!

Menariknya, kedua-dua model ini akan dijual pada harga lebih rendah dari harga yang dibawa masuk oleh pihak ketiga.

Harga Redmi 6A adalah hanya  RM349 manakala Redmi 6 hanya RM499.

Ini jauh lebih rendah dari harga set AP iaitu RM 499 dan RM 615.

redmi 6 dan 6ARedmi 6 dan 6A Kini Dengan Mediatek

Berbeza dari Redmi 5 dan 5A, Xiaomi kini menggunakan chip Mediatek menggantikan Snapdragon.

Sebelum ini Redmi dengan chip Mediatek lazimnya digunakan pada peranti Xiaomi untuk pasaran China, manakala chip Snapdragon untuk pasaran global.

Chip Mediatek pada Xiaomi sebenarnya kurang diminati ramai. Faktornya — kerana dikatakan lebih cepat panas dan kurang baik prestasinya dibandingkan dengan Snapdragon, terutama apabila ia digunakan untuk bermain.

Tapi chip Mediatek ini kini dikatakan dipilih oleh Xiaomi atas faktor kos, dan juga kerana Helio A22 dan P22 dikatakan berprestasi lebih baik dari generasi sebelumnya.

redmi 6 dan 6A

Spesifikasi Redmi 6A

Kedua-dua model ini hadir dengan skrin 5.45 inci pada ratio 18:9. Skrinnya beresolusi HD+ 720p. Kapasiti baterinya 3,000mAh manakala selfie kameranya adalah 5Mp dengan face unlock.

Bezanya Redmi 6A dilengkapi MediaTek Helio A22 12 nm 4-Core processor. Handphone entry level ini juga datang dengan hanya 2GB RAM dan 16GB memori yang boleh anda tambah dengan slot microSD .

Untuk kamera belakang ia datang dengan kamera 13MP dengan PDAF (untuk fokus lebih pantas).

Spesifikasi Redmi 6

Redmi 6 hadir dengan chip yang lebih berkuasa –MediaTek P22 8-Core 12 nm processor bersama RAM sebesar 3GB. Ia hadir dengan memori 32GB yang juga boleh ditambah.

Untuk kamera, ia dilengkapi dua kamera — 12MP + 5MP dengan AI. Dan berbeza dengan 6A, ia mempunyai fingerprint sensor di belakang.

Kedua-dua model ini walaupun diperkenalkan hari ini, hanya akan dijual pada kedai rasmi Xiaomi di Lazada pada 25 Julai 2018.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *