Phone Terbaru Xiaomi

Xiaomi Redmi 6 Pro Dilancarkan – Skrin Bertakuk & Dari RM 615

Xiaomi Redmi 6 Pro telah dilancarkan di China semalam, lewat Ahad 24 Jun 2018 dengan harga jualan dari RM 615.

Pengganti Redmi Note 5 Pro ini datang dengan 3 variasi — 3Gb+ 32GB, 4Gb + 32Gb dan 4Gb+64Gb.

Peranti dengan skrin 5.84 inci yang bertakuk seperti peranti iPhone ini juga hadir dengan dua kamera belakang dan bakal menggunakan MIUI 10 / Android 8.1 (Oreo).

Processor & Bateri

redmi 6 pro blackDijana oleh processor 8 teras SnapDragon 625, Redmi 6 Pro ini dikuasakan bateri sebesar 4000 mAh.

Dengan keupayaan ini, ia kekal menjadi antara peranti harga sederhana yang paling tahan baterinya untuk para gamers.

Kamera

Untuk kamera, ia dilengkapi 2 kamera di belakang dengan keupayaan 12+5 Megapixel f/2.2. Untuk kamera depan, ia hadir dengan kamera 5 Megapixel.

Kamera belakang ini datang dengan AI (kecerdasan buatan) untuk gambar potrait standard yang lebih baik. Ia juga mempunyai EIS untuk rakaman video pada 1080p.

2 Slot Sim & Aksesori Lain

sim slot redmi 6 proUntuk sim, Redmi 6 Plus ini dikemaskini dengan 2 slot nano-sim dan satu slot khas untuk simpanan memory card ( bersaiz micro SD).

Ini menjadikan ada 3 slot kesemuanya — membolehkan anda menambah ruangan storage anda sehingga 256Gb dan menggunakan 2 nombor telefon pada satu peranti.

Fingerprint & Face Unlock

face unlock redmi 6 pro

Seperti kebanyakan Xiaomi, ia dilengkapi pengimbas cap jari belakang untuk memudahkan anda membuka kunci peranti anda.

Tapi selain menggunakan pengimbas cap jari ini, anda juga boleh menggunakan kamera depan untuk membuka kunci peranti anda melalui fungsi face-unlock.

Earphone Jack & Charging

Apa yang menggembirakan ramai, Redmi 6 Pro ini masih dilengkapi earphone jack. Jadi anda tidak perlu membeli earphone bluetooth tanpa wayar baru jika anda menggunakan Redmi 6 Pro ini.

Sayangnya, untuk pengecasan, ia masih menggunakan micro-USB dan tidak USB-C yang lebih mesra pengguna.

Pengecasan juga dikatakan pada kadar 10W.  Jika ini benar, maka sayangnya ini bermakna Redmi 6 Pro tidak hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Spesifikasi Ringkas Xiaomi Redmi 6 Pro

Berikut spesifikasi ringkas peranti ini (versi China):

  • 5.84-inch (2280×1080 pixels) Full HD+ 19:9 2.5D curved glass display
  • 500 nits brightness, 1500:1 contrast ratio, 84% NTSC Color Gamut
  • 2GHz Octa-Core Snapdragon 625 14nm Mobile Platform with Adreno 506 GPU
  • 3GB RAM with 32GB storage, 4GB RAM with 32GB/64GB storage
  • Expandable memory up to 256GB with microSD
  • Android 8.1 (Oreo) with MIUI 10
  • Dual SIM (nano + nano + microSD)
  • 12MP rear camera with LED Flash, Sony IMX486 sensor, 1.25um pixel size, PDAF, f/2.2 aperture
  • Secondary 5MP camera with Samsung S5K5E8 sensor, 1.12um pixel size, f/2.2 aperture
  • 5MP front-facing camera
  • Fingerprint sensor, Infrared sensor
  • Dimensions: 149.33×71.68×8.75mm
  • Weight: 178g
  • 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.2, GPS + GLONASS
  • 4000mAh (typical) / 3900mAh (minimum) battery

Pilihan Warna

redmi 6 pro color options/ pilihan warnaXiaomi Redmi 6 Pro bakal hadir dengan warna Rose Gold, Gold, Biru Lembut, Hitam dan Merah

Harga Redmi 6 Pro

Berikut adalah harga di China sewaktu pelancaran :

  • 999 yuan (RM 615) untuk versi 3GB dengan simpanan 32GB
  • 1199 yuan (RM 737)  untuk versi 4GB RAM dengan simpanan 32GB
  • 1299 yuan (RM 798) untuk versi 4GB RAM dengan simpanan 64GB

Tarikh Jualan di China

Phone ini akan dijual mulai esok di China (26 Jun 2018)

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *