
Pernah kawan minta lokasi kenduri di rumah anda? Dan anda share location anda melalui Whatsapp dan kawan tersilap sapu nasi minyak kat kenduri jiran yang ada di 2, 3 lorong lain?
Xiaomi Mi 8 bakal menyelesaikan masalah ini, dan juga masalah navigasi lain.
Pertama di Dunia
Mi 8 adalah phone pertama di dunia yang mempunyai 2 frekuensi GPS. Dengan 2 frekuensi ini, ia bakal menambah ketepatan lokasi anda.
Kalau sekarang, ketepatan anda di jejak hanya dalam 5 – 10 meter, Mi 8 membolehkan ketepatan anda berada dalam jarak 2 tapak kaki.
Dua frekuensi ini lazimnya digunakan oleh industri minyak & gas dan tidak pernah diguna untuk orang awam sehinggalah diperkenalkan oleh Xiaomi tahun ini.
Demonstrasi Berani Mati Xiaomi
Untuk menunjukkan ketepatan GPS yang bakal hadir pada Mi 8, Xiaomi telah mencuba teknologi ini pada navigasi kereta.
Dalam demonstrasi mereka, Xiaomi telah melengkapkan sebuah kereta Mini dengan Mi 8 dan menutup penuh cermin kereta ini.
Maksudnya, pemandu ini tidak akan dapat melihat laluan, dan bakal memandu keretanya hanya berdasarkan paparan skrin di Mi 8.
Pemandu ini dikehendaki menavigasi lorong sempit untuk sampai ke tempat letak kereta.
Hasilnya? Dia berjaya tiba tanpa masalah — sekaligus memperlihatkan bahawa dual GPS frequency Xiaomi ini lulus cemerlang.
Kebaikan Dual Frequency GPS di Mi 8
Antara isu yang bakal diselesaikan oleh dual frequency GPS adalah :
- Isu menunggu GPS. Tiada lagi lengah masa menunggu Google Map atau aplikasi lain yang mendapatkan lokasi anda.
- Tak sesat lagi. Navigasi kenderaan bakal jauh lebih tepat, terutama pada jalan dua hala yang sempit dan navigasi pada lorong-lorong yang dekat.
- Mengurangkan masalah navigasi di kawasan bandar dengan bangunan tinggi.
- Membolehkan navigasi jalan kaki lebih tepat.
- Membolehkan teknologi VAR diperluaskan dan dipercepatkan.
- Membolehkan teknologi bandar bijak dan kereta pintar dipercepatkan.
Kami percaya yang trend yang dimulakan Xiaomi ini bakal diikuti oleh pembuat telefon mulai 2018.
Apa pandangan anda?