Berita Syarikat

Untung Maksima 5% Atau Wang Anda Dikembalikan – Pengasas Xiaomi

Beberapa hari selepas Mi 6X dilancarkan di Wuhan University, memo pengasas Xiaomi, Lei Jun dipaparkan kepada umum.

Dalam memo ini, beliau membuat satu janji yang cukup mengejutkan — keuntungan Xiaomi dari jualan produknya (termasuk phone, IoT dan produk gaya hidupnya) akan dihadkan kepada maksima 5% selepas tax.

Dan janji ini kekal sampai bila-bila.

Menurut beliau, jika keuntungan syarikat melebihi 5%, ia akan disalurkan semula kepada pelanggan Xiaomi.

Model Perniagaan Yang Berbeza

beg xiaomi

Tidak seperti Apple yang membuat keuntungan melebihi 60% setiap produk, fokus Xiaomi bukan membuat keuntungan pada jualan produk.

Menurut Hugo Barra, iaitu bekas Vice President syarikat China ini, model perniagaan syarikat lebih hampir kepada model Amazon atau Gilette — yang fokus kepada keuntungan berkali-kali dari pelanggan, walaupun jumlahnya kecil.

Jadi menurut beliau, jatuhnya jualan telefon di China dan negara lain bukan masalah kerana Xiaomi seakan hampir memberi telefon mereka secara percuma.

Mengapa Model Perniagaan Begini

peminat miDalam memo yang sama, Lei Jun berkata konsep perniagaan sebegini unik.

Bukan sahaja kerana ia memberi manfaat besar kepada pelanggan, tapi konsep perniagaan yang maju ini membolehkan Xiaomi bangun walaupun selepas jualan telefon mereka jatuh teruk di China pada satu masa dahulu.

Kata beliau, strategi perniagaan tradisional biasanya fokus kepada memaksimakan keuntungan.

Oleh sebab ini baju dijual 10x ganda, kasut 5-10 x ganda dan tali leher sehingga 20x ganda.

Ini semua memudaratkan pembeli sedangkan syarikat dan pembeli boleh sama-sama mengaut keuntungan secara simbiosis jika barang berkualiti ditawarkan pada harga murah.

Radikal? Sudah tentu.

Tapi ia tepat dengan tagline beliau dalam bisnes — iaitu jual produk berkualiti pada harga yang jujur.

Ditempelak Lawan

Pengumuman Lei Jun bagaimanapun disambut sinis oleh lawannya. Menurut mereka, keuntungan syarikat telefon China sudah sememangnya lebih rendah dari 5%.

Kata Zhao Ming, president syarikat telefon Honor, “Antara syarikat hardware China, adakah ada yang berjaya mendapat keuntungan sehingga 5%?  Kalau Honor boleh sampai ke situ, kami pasti berbangga”.

Walaubagaimanapun, menurut firma analitik Counterpoint Research, keuntungan Huawei (ibu syarikat Honor) adalah sekitar USD15 seunit (RM 60) berbanding Xiaomi pada USD 2 seunit (RM 8). Dan ini jauh dari Apple sebanyak USD 151 seunit (RM 604 ).

Apa pandangan anda?

 

Rujukan
Tech CrunchMi Blog Gadget MatchTech Crunch AppleCounterpoint ResearchAbacus News
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *