Phone Terbaru Xiaomi

Wow! Flagship Xiaomi — Mi 8 Dilancarkan di China pada RM 1679 Dengan 3 Variasi

Handphone pertama dengan 2 frekuensi band GPS

Mi 8, handphone flagship Xiaomi dilancarkan hari ini di China. Ia hadir dengan 3 variasi — Mi 8 SE, Mi 8 serta Mi 8 Explorer.

Mi 8 SE adalah versi lite untuk Mi 8 manakala Mi 8 Explorer adalah versi premium untuk series ini.

Xiaomi seperti dijangka, melompat angka 7 dan memperkenalkan Mi 8 sebagai pengganti Mi 6, sempena ulangtahun syarikat itu yang ke-8. Angka 8 juga membawa maksud angka bertuah untuk orang China.

Pertama Di Dunia Untuk 2 Band GPS

Ketiga-tiga phone Mi ini dilengkapi 2 band GPS yang membolehkan lokasi anda dijejak oleh satelit dengan lebih tepat.

Ini sekaligus membolehkan navigasi dengan kenderaan atau jalan kaki jauh lebih pantas, dan tepat dalam jarak 30 sentimeter berbanding 10 meter yang ada di kebanyakan phone lain ketika ini.

Ia juga membolehkan teknologi VAR (seperti paparan maya di kedai fizikal) dimainkan di telefon ini.

Pertama Dalam Keluarga Xiaomi — OLED dan Takuk

xiaomi mi 8 blueBenci takuk? Maaf sebab Mi 8 bakal menjadi phone Xiaomi pertama yang datang dengan takuk.

Akan tetapi ia datang dengan tetapan yang membolehkan anda menggelapkan kiri dan kanan takuk, dan memberi bantuan kosmetik untuk “menghilangkan” takuk itu.

Ia juga adalah phone pertama Xiaomi yang menggunakan skrin OLED Samsung yang terkenal lebih ringan dan menjimatkan kuasa bateri.

Kedua-dua Mi 8 dan Mi 8 Explorer mempunyai skrin cukup besar — iaitu 6.21 inci. Dan 88.5% dari badan phone ini adalah skrin (berbanding 83% untuk iPhone X).

Saiz skrin Mi 8 SE pula lebih kecil, iaitu 5.88 inci. Saiz ini ideal untuk mereka yang mahukan phone yang lebih selesa untuk diletak dalam poket seluar.

6 Gb Ram + 64 Gb Simpanan Memory

Kesemua variasi Mi 8 datang dengan 6Gb Ram — cukup untuk memastikan phone ini lancar untuk menjalankan apa jua aplikasi.

Dan walaupun Mi 8 SE adalah variasi paling ringan, ia masih hadir dengan 64Gb memori seperti Mi 8 dan Mi 8 Explorer.

Dua Kamera Belakang. Kualiti Setanding Mi Max 2S

xiaomi mi 8 cameraMi 8 datang dengan kamera 12 + 12 Mp di bahagian belakang. Mi 8 SE pula datang dengan kamera 12 + 5 Mp.

Saiz sensornya sebesar 1.4µm dan ia hadir dengan four-axis optical image stabilisation (OIS) yang tiada pada Mi 6 yang digantinya. Dengan OIS, video yang direkod akan lebih stabil dan gambar yang terhasil dari kamera akan kurang potensi untuk kabur.

Spesifikasi di atas sama seperti Mi Max 2S — kamera premium Xiaomi yang dipuji kerana prestasi kamera setanding kamera 2 x lebih mahal.

UPDATE: Ujian DXO Mark – Kamera pada Mi 8 lebih baik dari iPhone X

Face Unlock Dengan InfraRed

xiaomi mi 8 infrared face unlockTambah menarik lagi, Mi 8 datang dengan teknologi InfraRed pada kamera depan.

Maksudnya, anda boleh membuka phone ini dengan wajah anda (face unlock) walaupun di tempat gelap tanpa skrin phone anda perlu ditingkatkan display-nya.

Untuk makluman, kebanyakan phone android lain perlu meninggikan brightness skrin phone untuk melakukan face unlock di tempat gelap. Ini agar wajah anda lebih jelas untuk pengecaman.

Tak sukakan face unlock? Ia bukan masalah kerana anda ada fingerprint unlock tersedia di bahagian belakang.

mi 8 explorer fingerprint unlockDan untuk Mi 8 Explorer, ia lebih canggih. Anda boleh membuka lock phone anda dengan meletakkan jari anda di skrin ( screen fingerprint unlock). Face unlocknya juga lebih tepat kerana ia menggunakan 3D face unlock seumpama yang ada di iPhone X.

Malangnya Mi 8 Explorer ini mungkin tidak dijual di luar China.

Audio Jack ? Wireless Charging? Waterproof?

Seperti Mi 6 yang digantinya, ketiga-tiga variasi Mi 8 tidak datang dengan Audio Jack. Xiaomi dikatakan membuangnya untuk memberikan ruang lebih besar untuk bateri.

Selain itu Xiaomi phone ini tidak menyokong wireless charging. Ia juga sayangnya bukan waterproof.

Harga Rendah Untuk Spec Tinggi

Di China Xiaomi Mi 8 dijual pada harga berikut:

  • 2699 yuan (RM 1679) untuk versi 64GB
  • 2999 yuan (RM 1685) untuk versi 128GB
  • 3299 yuan (RM 2052) untuk versi 256GB

Phone Mi 8 akan mula dijual pada 5 Jun 2018 di China. Selepas China, phone ini dijangka akan masuk ke Egypt, Spain, India, Italy, Russia, France dan Vietnam.

Tiada maklumat bila ia akan masuk ke Malaysia secara rasmi.

UPDATED (29 June 2018) :

  1. Phone Mi 8 telah diimport terus dari China dan dijual di Malaysia. Mi 8 yang menjual set import ini antaranya ialah Lazada.
  2. Set import yang tiba awal ini adalah set untuk kegunaan di China. Jadi ia tidak hadir dengan Google Apps terbina sebagaimana set untuk luar China.
Tags

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *