Berita Syarikat

IPO – Xiaomi bakal diapung di Bursa Hong Kong

Xiaomi dilaporkan sedang bersedia untuk penyenaraiannya dalam bursa saham Hong Kong hujung minggu ini.

Sasaran Xiaomi ? $10 billion.

Akan tetapi kata penganalisa,  2.2 billion unit saham yang bakal dijual kepada pelabur antarabangsa hanya bakal mencatat harga $2.20 ke $2.80 se-unit. Dan ini jauh lebih rendah dari sasaran Xiaomi.

Jika benar ia akan dijual pada harga di atas, nilai syarikat keseluruhan Xiaomi akan menjadi $50 – $70 billion.

Nilaian Xiaomi Lebih Rendah Dari Sasaran

Menurut penganalisa, sebab nilaian Xiaomi jauh lebih rendah dari yang dianggarkan pengasas Xiaomi, Lei Jun ialah kerana syarikat itu mempunyai margin yang sangat rendah.

Dan walaupun ia mempunyai pegangan yang tinggi, kebanyakan handphone Xiaomi adalah dalam bahagian market yang asas, dan bukannya premium seperti Samsung dan Apple.

Untuk makluman, pendapatan Xiaomi dari 2015 ke 2017  adalah $10.49 billion,  $10.73 billion dan $18 billion.

Dari angka ini, keuntungannya dari 2015 ke 2017  adalah $215.6 juta,  $594.4 juta dan $1.918 billion.

Lebih Bernilai Dari Uber Pada 2014

Sewaktu 2014, Xiaomi diletakkan sebagai startup paling bernilai di dunia — mengatasi Uber serta Airbnb.

Akan tetapi pada 2016,  jualan Xiaomi menurun apabila jualannya di market China jatuh akibat munculnya pesaing-pesaing baru dengan kualiti produk yang setanding.

Buat masa ini Xiaomi belum lagi memasuki pasaran Amerika. Dan dengan trade war China-Amerika yang belum ada kesudahan, IPO Xiaomi ini dikatakan bukan pada waktu terbaik.

Apapun hasilnya, kita tunggu usai IPO nanti.

NOTA: Semua matawang di atas adalah dalam USD

 

 

Rujukan
PanDailyCNN MoneyForbesForbes Rise & Fall Xiaomi
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *