Berita Syarikat

Xiaomi Bakal Muncul di Pasaran USA Dengan Nama Lain ?

Teka teki mengapa Xiaomi mendaftarkan tanda dagang Pocophone kini terjawab.

Jawapan ini ada dalam dokumen FCC yang tersebar, yang menunjukkan bahawa handphone jenama Pocophone telah dihantar oleh Xiaomi untuk kelulusan di Amerika.

Ini bermakna Xiaomi berkemungkinan besar akan muncul di pasaran USA melalui jenama lain, dan bukan jenama asalnya.

Strategi ini dikatakan perlu, disebabkan oleh trade war di antara Amerika dan China yang memuncak apabila Donald Trump mengambil alih jawatan presiden Amerika.

Syarikat China seperti ZTE dan Huawei menerima tamparan hebat apabila handphone milik mereka di ban secara rasmi dan tidak rasmi di negara itu.

Akan tetapi, Honor, iaitu salah satu anak syarikat di bawah Huawei tidak menerima nasib sama.

Mi 8 Untuk Amerika?

Berdasarkan laporan, handphone yang bakal ke USA mempunyai  SoC Snapdragon 845 atau Snapdragon 710 dan mempunyai frekuensi 2 jalur GPS.

Jika ini benar, maka model yang berkemungkinan masuk buat kali pertama ke negara Uncle Sam ini adalah Mi 8 dan Mi 8 SE.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi dari Xiaomi kelak.

Rujukan
Wccf TechReuters
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *