Berita Syarikat

Xiaomi di India – Kini Nombor 1

Jika pada awal 2017 Xiaomi menduduki carta sebagai pengeluar telefon nombor -2 terbesar di India, lewat Disember 2017, ia memintas Samsung untuk menduduki tempat pertama di situ.

Xiaomi dikatakan telah berjaya menjual lebih 9 juta unit telefonnya, iaitu kenaikan 155%  dari tahun sebelum ini.

market share xiaomi di india chartPengenalan Redmi 5, Redmi 5 Plus and Redmi 5A dikataan punca kejayaan Xiaomi dengan Redmi 5A menjadi telefon paling laris di negara itu.

Dalam 4 bulan ia diperkenalkan, lebih 3.5 juta Redmi 5A dibeli berbanding dengan gajet paling laris Samsung iaitu J7 Nxt yang terjual hanya 1.5 juta unit.

Market Share Naik Walaupun Harga Lebih Tinggi

Walaupun kerajaan India berusaha untuk menaikkan telefon buatan India dengan menaikkan cukai bagi telefon China ke 20% dari 15%, penguasaan telefon China naik sehingga melebihi 50% sejak 2017.

Selain Xiaomi, Oppo, Vivo dan Lenovo menjadi pesaing utama di pasaran yang sensitif dengan harga ini.

Dan walaupun gah di Amerika, Apple hanya mempunyai market share sebanyak 2.5% di India, iaitu pasaran telefon kedua terbesar dunia selepas China.

Penjual Telefon Gergasi India

xiaomi india shipmentYang mengkagumkan lagi, Mi.com juga menduduki tempat ke-3 di belakang Amazon dan Flipkart sebagai penjual telefon online terbesar di negara itu.

Bagi sebuah syarikat  dengan fokus kepada telefon, kejayaan mengatasi banyak laman elektronik lain dalam penjualan peranti ini merupakan satu kejayaan yang luarbiasa.

Syabas Xiaomi India!

Rujukan
India TimesBusiness Standard
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *