Berita Syarikat

Xiaomi Disenarai Rasmi di Bursa Hong Kong

Pagi ini, Xiaomi akan disenaraikan sebagai antara syarikat public listed di bursa saham Hong Kong.

Walaupun penjualan awalnya sebelum listing tidak mencapai sasaran $100 billion, saham Xiaomi dilanggan oleh nama besar dalam dunia pelaburan dan perniagaan.

Ini termasuk George Soros (pelabur terkenal yang dikatakan menyebabkan krisis matawang Asia Tenggara pada 1997), Li Ka Shing (orang 23 terkaya dunia), Jack Ma (pengasas Ali Baba) dan Pony Ma (pengasas Tencent, dan orang terkaya di China).

Dengan tersenarainya Xiaomi di Hong Kong, para peminat jenama ini bukan sahaja boleh membeli barangan milik syarikat, tapi juga naik turun bersama syarikat dengan membeli sahamnya yang bakal dijual pada 17 HKD atau RM 8.75 seunit.

Untuk makluman, pendapatan syarikat pada 2017 dalam ringgit Malaysia ialah 70 billion. Dan seperti syarikat handphone China lain, keuntungan bersihnya cukup kecil, iaitu sekitar 1 billion.

PERBANDINGAN: Keuntungan bersih Petronas pada 2017 ialah RM 45.5 billion

Rujukan
Untung Bersih Petronas
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *