Berita Syarikat

Xiaomi Kekal Antara Pengeluar Peranti Boleh Pakai Terbesar Dunia

Sehingga April 2018, Xiaomi kekal sebagai antara peneraju segmen peranti boleh pakai di dunia.

Segmen yang dahulunya dipelopori Fitbit dan Apple kini menyaksikan persaingan cukup tinggi dari peranti lebih murah buatan Xiaomi dan syarikat China lain.

Walaupun permintaan untuk produk boleh pakai asas seperti yang dikeluarkan Xiaomi dijangka mengecut untuk 2018, Xiaomi mencatat kejayaan luarbiasa dengan Mi Band 3 yang baru dikeluarkannya.

mi band 3Jualan Apple Watch untuk 2018 naik 13.5% berbanding 2017, manakala jualan FitBit pula mengecut 28%. Jika tidak kerana jualan Versa-nya yang baik, Fitbit mungkin jatuh lebih teruk.

Antara pengeluar yang dijangka naik untuk 2018 ialah Huawei.

Walaupun kini hanya memegang 6% market share, dengan jumlah peranti boleh pakai yang tinggi (dari fitness tracker di tangan hingga di telinga) ia dijangka bakal memberi saingan sengit kepada peneraju pasaran.

Rujukan
IDC
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *