Berita Syarikat

Xiaomi Kini Menjadi Antara Syarikat Pilihan Pelajar China

Xiaomi kini dilaporkan telah mula menjadi pilihan pelajar lepasan universiti di China.

Menurut firma penyelidikan Universum, ini adalah kali pertama syarikat China yang mengeluarkan pelbagai rangkaian produk — dari pen dan periuk nasi ke telefon pintar ini termasuk dalam senarai syarikat pilihan.

china graduates - pilihan kerjayaKajian yang dijalankan kepada 55,000 orang pelajar ini mendapati yang Xiaomi menduduki tempat ke – 4 di kalangan pelajaran jurusan kejuruteraan dan 24 di kalangan pelajar jurusan perniagaan.

Masih Di Belakang Gergasi China

Walaupun begitu, ia masih ketinggalan di belakang Alibaba dan pesaingnya, Huawei yang menjadi firma paling diminati para siswazah untuk 3 tahun berturut-turut.

Di China, e-commerce kekal sebagai sektor paling diminati di kalangan pelajar. Dan rata-rata pelajar yang ditemubual menyatakan yang mereka ingin bekerja di syarikat e-dagang seperti JD.com atau Amazon.

Ini mungkin berbeza dengan negara seperti Malaysia yang menyaksikan kebanyakan pelajar lepasan universitinya lebih berminat untuk bekerja di sektor awam ataupun syarikat blue chip seperti Telekom dan TNB.

Rujukan
CNN Money

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *