Berita Syarikat

Xiaomi Akan Menyokong LDAC Untuk Audio Bluetooth Lebih Berkualiti

Bila bercerita tentang Android update, Xiaomi memang dikenali sebagai antara pengeluar yang paling lembab melakukan update.

Diwaktu pengeluar lain sudah mula melakukan update ke Android P, Xiaomi masih lagi melakukan update Oreo — itupun untuk handphonenya yang keluar pada 2017.

Namun begitu, dek kerana trend terbaru Xiaomi adalah untuk membuang audio jack pada handphone high endnya ( seperti Mi 8), Xiaomi kini telah menyokong LDAC — iaitu teknologi audio milik Sony yang membolehkan audio yang berkualiti tinggi dihantar melalui bluetooth.

Hanya Untuk Handphone Dengan Android Oreo ke Atas

Namun begitu, LDAC hanya diberikan untuk handphone dengan Android Oreo ke atas. Jadi jika anda menggunakan handphone Xiaomi yang dikeluarkan pada 2016 ( atau awal 2017), peluang menggunakan teknologi ini adalah kurang 50%.

Ini kerana, Xiaomi dikatakan tidak akan melakukan Oreo update pada Mi 5 dan ke bawah, serta Redmi 4 dan ke bawah.

Pada mereka dengan phone Xiaomi yang baru, dan tak sabar mencuba, anda boleh gunakan ROM MIUI beta versi China.

Fungsi LDAC ini telah diletakkan ke dalam ROM terbaru syarikat.

NOTA: LDAC ini hanya boleh diguna jika aksesori anda menyokongnya. Kebanyakan headphone biasa waktu ini tidak menyokongnya. Jadi, untuk mendapatkan manfaat dari teknologi ini, anda perlu dua benda. Handphone Xiaomi dengan Oreo ke atas, dan juga headphone bluetooth yang high-end.

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *