Produk Lain

Xiaomi Membuka Mi Credit – Servis Meminjamkan Wang Untuk Pengguna MIUI

Xiaomi semalam melancarkan Mi Credit di India — satu platform meminjamkan wang untuk warga India yang memerlukan wang dengan cara yang pantas.

Bekerjasama denganĀ KreditBee, Mi bersedia memberi pinjaman dari 1,000 rupee (RM 58.85) sehingga 100,000 rupee (RM 5885).

Pengguna akan menerima wang dalam masa 10 minit selepas kelulusan dan wang ini akan dimasukkan terus ke akaun bank mereka.

Pinjaman ini datang dengan kadar faedah 3% sebulan dan peminjam diberi masa 15 ke 90 hari untuk melunaskan hutang tesebut.

Pengguna Mi A1 bagaimanapun tidak akan dapat menggunakan servis ini kerana phone mereka tidak dijana oleh sistem operasi MIUI milik Xiaomi.

Rujukan
Mi
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *