BeritaProduk Lain

Xiaomi Mi Pad 4 Dilancarkan di China Dengan Skrin 8 Inci di Bawah RM 1000

Selain Redmi 6 Plus, Xiaomi turut melancarkan Mi Pad 4 semalam (24 June) di China walaupun permintaan untuk tablet semakin lemah dari sehari ke sehari.

Dengan skrin 8 inci, chip Snapdragon 660, kamera belakang 13Mp dan slot memory card tambahan pada harga bawah RM 1000, ia antara tablet mampu milik yang paling menarik yang ditawarkan pada tahun ini.

Bateri & Pengecasan

Untuk bateri, ia datang dengan bateri sebesar 6000 mAh.

Ini lebih kecil dari Mi Pad 3, dan jauh berbeza dari flagship tablet Apple Air yang mempunyai bateri sebesar lebih 8000 mAH.

Dan walaupun anda boleh mengecas tablet ini melalui sambungan USB-C, tablet ini hanya menyokong 5V/2A charging — bermakna ia tiada sokongan pengecasan pantas.

kamera mi pad 4

Face UnLock

Mi Pad tidak mempunyai fingerprint sensor seperti telefon Xiaomi. Akan tetapi anda boleh membuka kunci Mi Pad dengan fungsi face unlock melalui kamera depan 5Mp nya.

Harga Mi Pad 4

Mi Pad 4 ini datang dengan 3 variasi dan dijual di China pada harga seperti di bawah :

  • 1099 yuan (RM675) untuk 3GB RAM + 32GB  versi WiFi
  • 1399 yuan (RM860) untuk 4GB RAM + 64GB versi WiFi
  • 1499 yuan (RM920) untuk 4GB RAM + 64GB LTE (dengan sokongan GPS)

Mungkin Tidak Ditawarkan di Malaysia

Untuk makluman, Mi Pad tidak di bawa masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia dan tablet ini hanya ditawarkan semasa generasi pertama.

Sewaktu ditawarkan pada tahun 2015, ia dijual pada harga RM 799.

Mi Pad generasi ke 2 dan seterusnya tidak dijual di sini.

Kami tidak merasakan ianya bakal di bawa masuk ke Malaysia melainkan diimport terus dari China oleh pihak ke-3.

Jika ia di bawa masuk sebegini, maksudnya ia tidak hadir terpasang dengan aplikasi Google Playstore dan aplikasi Google lain (tapi ini bukan masalah besar untuk peminat tegar Xiaomi yang tahu jalan menyelesaikan isu ini).

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *